Klik-Klik Sini

Tuesday, May 25, 2010

Ke Majlis Kahwin Rakan Ofis

Pada 23/5/2010 baru-baru ini, selepas balik dari dewan periksa UIA, Zizie, Acai & family, Opit & family dan apis & family bergerak ke shah alam menghadiri undangan ke Majlis perkahwinan rakan seofis en Al-Hafiz di Shah Alam. Ramai juga kawan-kawan KKZ kat sana cuma tak sempat nak bergambar sebab ramai sgt org..dan duduk berasingan. Jadi apa yang ada jelah update kat sini ok....yang len-len jgn mare....
(Zizie & Partner)

( Apis, Lia and Haris -Peace-)

(Acai,Linda & Daniel -Smile-)

( Opit,Mimi & Aimi -One Peace- )


(mak-mak dan anak-anak)

Saturday, May 22, 2010

Baju Kelab Tahun Ini

>Salam Semua...Ada Orang sudi Menghadiahkan Kita masing-masing seorang satu T-Shirt. Ada Tiga Warna Pilihan, So Tempoh Yang Di berIkan Sebulan Mulai Hari Ini. So Vote Lah Pilihan Masing-Masing..Rasa-Rasa Kaler Apa Yang Sesuai Ye?? JanGan Lupa Baju Tahun Lepas Juga Akan Di GunaKan So Simpan Elok-Elok Ye?

Luncheon Time....(lepaking)

(Epul : "Isk Bila Nak Kawin Ni?")


(Acai :"Minumlah Tongkat Ali...Betul-Betul KoW...")


(Zizie: Makan pe tu? Macam Sedap je Sampai Penuh Mulut Tuh..nyum..nyum)


(Haffiz : Makan pun Nak Koya Ke?)


Nilah Kerja Kami...Dok Lepak Sama-Sama...Breakfast ke, Lunch ke, Minum Petang Ke...Sama Jer..Masing-Masing Nanti Suma Sibuk BerSMS antara satu sama lain
"Numz"...
"Turun Numz Kol Brapa?"....
"Lepak Kat Bistro"...
"Numz kaT Biz"....
tu antara ayat-ayat standard yang telah ditetapkan untuk sound memember turun minum...hahaha...Takpelah Janji Bahagia Kan?? Kurang Kan Stress Bila Bekerja...Bak Kata Orang Korea "Aja-Aja"



Birthday Celebration Adik Irfan


(Banyak nye pezen dia..nak catu leh tak??)

(1,2,3..tiup...)

(Kek Coklat : Doraemon )


Salam semua, dah hampir sebulan baru nak post..pada 25/04/2010 yang lepas, kawan kita En Haffiz Kahar dan Puan Isliawati (Lia) mengadakan jamuan untuk meraikan hari jadi anak mereka Haris Irfan yang Pertama. Acara di adakan di kediaman mereka di Cheras. Pelbagai hidangan yang di sediakan seperti Mihun Goreng, Soto,Satay,Sandwich dan sebagainya...Rugi ooo siapa tak datang...Tema hari itu Doraemon, kek pun Gambar Doraemon. Erm banyak anak mereka ini mendapat prezen dari uncle, auntie, atok and nenek. To Haffiz and Lia, Thanks so much kami ucapkan atas jemputan dan hidangan and pada Irfan pula cepat membesar ye sayang?? Jadi orang yang hebat dan menjadi generasi yang cemerlang......

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Berjuang & Semoga Berjaya


Salam, hujung minggu ni mungkin ada yang berseronok tapi ada sesetengah kawan-kawan kita ni akan bertempur di dalam dewan periksa ujung minggu nie dan minggu hadapan.....Kepada kawan-kawan kita yang akan menduduki peperiksaan akhir di Universiti-Universiti korang belajar, KKZ doakan agar kalian semua dapat menjawab soalan yang di berikan, jangan tension, be cool walaupun tengah kusut tak dapat jawapan. Luqman,Acai,Apis,Opit,Azam,Epul dan Zizie, KKZ harap semoga kalian semua berjaya dengan cemerlang untuk semester ini..sematkan dalam hati "kenapa orang boleh buat,kenapa aku tak leh buat" kompem korang akan rasa bersemangat...studi jangan tak studi....ok All The Best untuk semua......

Monday, May 17, 2010

Berita Semasa : Gaji kakitangan Awam akan di naikkan??


Pastinya rata-rata kakitangan awam di Malaysia senyum simpul mendengar berita yang mana gaji kakitangan awam akan naik tidak lama lagi. Bila masanya tu, belum dipastikan lagi. Nantikan sahaja. Dalam keadaan taraf hidup di Malaysia yang semakin tinggi, diharapkan dengan pengumuman ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban kewangan yang dipikul kakitangan awam yang bergaji rendah.

Menaikkan sejuta gaji kakitangan awam di negara ini menjadi antara elemen utama bagi menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) kata TimbalanMenteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau berkata langkah itu bagi memastikan hasrat MEB untuk menjadikanrakyat di negara ini daripada golongan berpendapatan sederhana kepadarakyat berpendapatan tinggi.

“Langkah ini pernah dilaksanakan di Singapura beberapa tahun dahuluyang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam sekaligusmenjamin pelaksanaan pembangunan yang cemerlang.

“Singapura telah menetapkan pendapatan gaji sektor awam yang tinggi danselesa sehingga mereka berjaya meningkatkan prestasi ekonomi melaluipeningkatan motivasi pekerja.

“Maka penjawat awam di negara tidak boleh diabaikan,” katanya ketikaberucap merasmikan majlis penutupan mesyuarat agung tiga tahunan Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia cawangan Kelantan disini

Awang Adek berkata kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji kakitangan awam dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, secara purata kini 80 peratus rakyat di negara ini memperoleh pendapatan RM21,000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan gaji kakitangan awam kepada RM45,000 setahun.


Saturday, May 15, 2010

Tatapan Sejenak..

Indahnya Persahabatan


Tiada mutiara sebening cinta..

Tiada sutra sehalus kasih sayang..

Tiada embun sesuci ketulusan hati..

Dan tiada hubungan seindah persahabatan..

Sahabat bukan

MATEMATIKA yang dapat dihitung nilainya..

EKONOMI yang mengharapkan materi..

PPKN yang dituntut oleh undang-undang..

Tetapi

Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa..



Selamat Ulang Tahun!!!


Kawan-kawan sekelian, kini kita di bulan mei, seperti yang kita lihat kat birthday list tuh, the one n only yang sambut bday bulan ni ialah kawan kita En. Ahmad Fairuz, disini KKZ ingin mengucapkan selamat hari lahir, semoga teman kita ini di panjangkan usia, di murahkan rezeki, berjaya dalam hidup, bahagia bersama kawan-kawan dan keluarga dan semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sudah...Happy Birthday!!!!

Friday, May 14, 2010

Teman Sejati

Salam Semua!!


Blog lama kita ada problem sikit, tak boleh nak buat apa dah...so ni blog baru kita...ingat ye?? apa-apa pun kita cuba yang terbaik untuk kita jadi yang terbaik betul kan? jadi teruskan keep update our group in this new blog....selamat!!!
Related Posts with Thumbnails